Thursday, 24 October 2013

KeHEbAtan IslaM...

Luangkan masa untuk baca Sirah
Yang amat menakjubkan

Abu Dzar al-Ghifari r.a ialah sahabat yang berani 
Dan merupakan seorang tokoh besar.

Beliau merupakan orang ke-5 atau ke-6 yang memeluk Islam.
Selepas dia bertemu dengan Nabi saw,
Diminta dibacakan Ayat Al-Quran,
Belum habis dibaca oleh Nabi saw,
Beliau terus bersyahadah dihadapan Nabi saw.

Selesai mengucap,
Nabi saw bertanya, dari kaum apakah engkau?
Beliau menjawab, Kaum Ghifar.
Nabi saw senyum dan takjub.
Kerana semua orang arab kenal,
Suku Ghifar adalah terkenal dengan. Suku yang penyamun dan kejam.
Namun ada juga dari kaum ghifar,
Yakni Abu Dzar memeluk Islam.
Tidak pelik dan hebatnya hidayah Allah?

Abu Dzar melantangkan suaranya menyebut,
"Asyhadualla ilahaillallah asyhaduannamuhammadarrasulullah"
Dengan lantang di tengah kota makkah.
Sehingga dipukul sampai pengsan.

Beliau tidak puas hati dan ucapkan lagi dengan lantang pada hari kedua.
Dipukul lagi sampai tidak sedar.

Nabi saw melihat, dan menyuruhnya kedua kali balik pada tempatnya/ pada kaumnya.
Kerana pada masa itu Islam masih lagi secara sembunyi,
Nabi saw pesan, nanti bila sudah Islam dijulang tinggi,
Datanglah dan nyatakan dengan lantang...

Beliau pun balik ketempatnya.

Setelah lama masa berlalu,
Nabi saw pun sudah berhijrah ke Madinah.
Suatu hari mereka nampak debu yang banyak dari arah padang Pasir..
Seolah-olah tentera yang amat banyak ingin menyerang kota Madinah...!!

Rupanya Segrombolan manusia yang ingin memeluk Islam
Dan ingin berjumpa dengan Nabi saw.
Yang diketuai oleh Abu Dzar r.a.

Rupanya Abu Dzar telah balik berdakwah pada kaumnya dan Suku Aslam.
Dan amat ramai yang telah memeluk Islam dengan usahanya, masyaAllah.!!

Nabi saw amat takjub melihat begitu ramai yang Abu Dzar bawa ke Madinah.

Dulunya kaum Ghifar tekenal dengan sifat penyamun. Tetapi hari ini,
Mereka terkenal sebagai kaum yang hebat akhlaknya, berani, pengasih.
Hebatnya Abu Dzar mentarbiyyah kaumnya.. Subhanallah!!

Sehingga Nabi saw katakan pada mereka,
Suku Ghifar Allah akan beri maghfirah pada mereka,
Suku Aslam Allah akan mensejahterakan mereka.
Dan tiada selepas ini orang yang lebih jujur daripada Abu Dzar..

Jujur pada pandangan Abu Dzar ialah,
Mempelihatkan kebaikkan, mencegah kemungkaran. Mafhumnya.

Inilah kehebatan Para sahabat r.hum.
Allah.....

Salam sejahtera buat Junjungan Saw dan para sahabatnya.

Wallahu a'lam

Barakallahufikum